24 February 2009

EnTry C&P YaNg aKu SukE

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci"

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU"

HARGAILAH KELUARGA ANDA "


p/s : mak, ayah.. ampunkan puteri.. :-(

12 December 2008

Kepangkuanmu..

Duhai kekasihku…
Sungguh tak bisaku tanggung…
Keperitan kalbu sepermegianku dulu..
Seandainya aku mampu mengundurkan waktu..
Ingin sekali ku kembalikan detik itu..

Sekiranya cinta masih ada…
Seandainya rindu masih setia…
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu…

Biarkan rembulan menyaksikannya…
Biarkan hujan membasuh dosa…
Nanti perlakukah terhadapmu oh kekasihku…

Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku…
Menghancurkan impianmu kekasihku..

Sekiranya cinta masih ada…
Seandainya rindu masih setia…
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu… oooo…

Biarkan rembulan menyaksikannya
Biarkan hujan membasuh dosa
Nanti perlakukah terhadapmu oh kekasih

Dendam yang kau pendam, benamkanlah…
Semoga berputik benih cinta…
Telah pun ku menyesali kesilapanku… ooo…

Dan malam-malamku kan gemerlaplah…
Menerangi cinta dua insan…
Meraikan kepulanganku ke pangkuanmu…
Ke pangkuanmu…Ke pangkuanmu..Ke pangkuanmu..

11 December 2008

AiDiLAdHa & PeNGorBaNAn..

assalamualaikum..
selamat hari raya aidiladha kwn2 semua..

dah laksanakan ibadah qurban ke? Alhamdulillah, tahun ni dgn izinNya, kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah qurban bersama2.. seekor lembu disembelih dengan niat utk mensucikan segala rezki yg Allah kurniakan kpd kami.. puas melihat ibadah sempurna di dpn mata dgn bantuan jiran tetangga dan ajk surau kampung sebelah ni.. walau hujan lebat, kami semua basah kuyup, tp masing2 nampak gembira..

Alhamdulillah.. raya qurban thn ni hajat ayah tercapai.. sy sbg anak, rasa cukup terharu & bangga dpt membantu menunaikan hajat ayah... teringat pengorbanan ayah utk menunaikan segala permintaan anak2 yg pelbagai ragam, tp kdg2 hajat ayah yg cuma satu xdapat anak2 penuhi..

sy selalu terfikir & kdg2 rase mcm nak je tanye kat mak & ayah.. gembirakah mereka punya anak seperti sy? adakah sy ni berguna kpd mereka atau sentiasa menyusahkan? kdg2 bila sesuatu musibah dtg kpd sy, perkara pertama yg akan sy fikir adalah, apa dosa yg dah sy lakukan sehingga sy perlu menerima kafarah ini..? sy selalu yakin, redha Allah terletak pd redha ibu bapa..

dah 25 tahun sy hidup... sejauh mana agaknya redha mak & ayah pd sy? Redha Allah? Redha insan2 disekeliling sy yg sgt sy syg? agak2 mereka syg tak kat sy mcm mana sy syg kat mereka? agak2 mereka tau tak yg sy sanggup susah utk kesenangan mereka?

ade seorg kwn pernah tanye pd sy, sy bersusah pyh bekerja pd usia muda, sanggup belajar separuh masa utk bekerja, kerja siang & mlm, semuanya ni utk siape? utk diri sendiri atau org lain?

rasanya jwpn sy lebih pd 'org lain'.. 'org lain' ni laa pelengkap hidup sy.. sy tak mampu hidup sendiri.. sy perlu keluarga sy, sy perlu teman, sy perlu sahabat, sy perlu semua org yg berada disekeliling sy.. dan utk mereka, sy sanggup utk bersusah utk tgk mereka ketawa, gembira & bahagia..

itu pun pengorbanan kan? sy bahagia..