Sahabat...
Dalam Kabur Ku Tercari-cari Cahaya
Akhirnya Ku Temui Sinar Ceria Di Raut Wajahmu
Andainya Alam Ini Mampu Berkata-kata
Pastinya Pujian Buat Dirimu
Di Waktu Itu Akulah Yang Bertuah
Punya Sahabat Sepertimu...
Sahabat
Kau Pimpinlah Menuju Cahaya Illahi
Sahabat
Aku Lemah Mengharungi Ranjau Dunia
Sahabat
Aku Ingin Sepertimu Dalam Ketenangan
Menghadapi Hidup Ini
Sahabat
Ku Bersyukur Kerana Mengenali Dirimu
Kuharap Kita Kan Terus Bersama
Menghadapi Segala Suka Duka
Moga Kejayaan Milik Kita
Moga Hidup Menuju Mulia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment