Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu mencintai seseorang
Meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
Dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas
Tapi kamu tetap mencintainya.....
Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu sanggup melakukan apa sahaja
Demi seseorang yang kamu cintai
Meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli
ataupun dia peduli dan mengerti
Tapi dia tetap pergi......
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta
Tersenyum kala terluka
Menangis kala bahagia
Bersedih kala bersama
Tertawa kala berpisah.....
Aku pernah
Aku pernah tersenyum
Meskipun aku terluka kerana aku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku...
Aku pernah menangis kala bahagia
Kerana aku takut kebahagiaan cinta ini
Akan sirna begitu sahaja....
Aku pernah bersedih kala bersamanya
Kerana aku takut aku akan kehilangan dia
Suatu saat nanti,
dan...
Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya
Kerana sekali lagi
Cinta tak harus memiliki
Dan Tuhan pasti telah menyediakan cinta yang lain untukku.....
Aku tetap boleh mencintainya
Meskipun dia tak dapat ku miliki
Kerana memang cinta ada dalam jiwa
Dan bukan ada dalam raga...
C&P.. Lara Hati ep. 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment